MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Friday, March 18, 2011

KHIDMAT BANTU DI SK BUKIT TEMBAKAU

 
Pada 14 dan 15.3.2011 PKG Serkam telah menganjurkan satu khidmat bantu bersama-sama dengan juruteknik komputer sekolah ahli PKG Serkam seramai 4 orang. fokus utama khidmat bantu ini adalah membaik pulih komputer-komputer yang berada dimakmal. Sebanyak 8 daripada 12 komputer telah gagal beroperasi dengan baik. selain daripada itu pihak sekolah juga ingin membuat penambahan wayerless di sekolah tersebut . Pada akhir khidmat bantu ini kelapan-lapan komputer tersebut dapat diperbaiki dan wayerless baru juga dapat berfungisi dengan baik.

Friday, March 11, 2011

NILAM

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM DALAM KALANGAN GURU PERPUSTAKAAN
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM.
Maklum balas daripada GPM / Guru Penyelaras NILAM di sekolah amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program ini.
Sila klik di sini untuk menjawab.

TALIAN BANTUAN TM

TALIAN HELPDESK TM
1800 22 7722
Mulai 7 Mac 2011, talian bantuan SchoolBroadband TM adalah 1800-22-7722 .
Talian 1060 akan ditamatkan mulai 15 Mac 2011.

SSQS

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
BENGKEL PENGHURAIAN STRATEGIK SSQS 2011 NEGERI MELAKA


KOHOT 1 = 21 MAC 2011
KOHOT 2 = 22 MAC 2011
KOHOT 3 = 23 MAC 2011
KOHOT 4 = 24 MAC 2011

Muat turun dan cetak Instrumen KPI SSQS v.2011 mulai 16 Mac 2011

Monday, March 7, 2011

NILAM

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM DALAM KALANGAN GURU PERPUSTAKAAN
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM.
Maklum balas daripada GPM / Guru Penyelaras NILAM di sekolah amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program ini.
Sila klik di sini untuk menjawab.

Friday, March 4, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN GPM

PKG Serkam telah menganjurkan Mesyuarat Pengurusan GPM. seramai 13 orang GPM sekolah ahli PKG Serkam telah hadir pada mesyuarat pada kali ini. Pegawai BTPN En Khalib Takim telah hadir selaku wakil Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah ;

-UCAPAN PENGERUSI
-UCAPAN KPP BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN MELAKA
-PELANTIKAN JAWATAN KUASA TAHUN 2011-2012
-LAPORAN AKTIVITI PSS 2011
-PERANCANGAN AKTIVITI PSS 2011
-PROGRAM INOVASI PERINGKAT PKG (14) SERKAM
-PENGURUSAN NILAM
-HAL-HAL LAIN





Tuesday, March 1, 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN JAMUAN RAKYAT

Pada 28.2.2011 bertempat di SMK Dang Anum satu majlis ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN JAMUAN RAKYAT yang di rasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin meteri Pelajaran Malaysia. Turut hadir bersama YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Tujuan Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk menganugerahkan sijil kecemerlangan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2010. Seramai 29 pelajar dari SMK Dang Anum telah menerima anugerah tersebut.