MAKLUMAN SEMASA


Selamat Datang ke blog rasmi PKG Serkam. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.

PERHATIAN kepada semua sekolah ahli PKG Serkam, Pautan Web VLE Frog bagi mengakses aplikasi FROG telah disediakan di Bahagian Pautan WEB VLE Frog. Harap Maklum.

Kepada semua pengguna Facebook, kini anda boleh berinteraksi terus bersama sekolah melalui FB PKG Serkam. Cari `PKG Serkam`. Bersama membudayakan ICT dalam kehidupan.

Kepada sekolah yang memerlukan maklumat lanjut mengenai SPS dan masalah yang berkaitan, boleh rujuk di bahgaian muat turun blog PKG SERKAM. Harap maklum.

Perhatian kepada semua sekolah ahli PKG Serkam yang berminat untuk mewar-warkan atau mempromosikan sekolah ataupun kejayaan sekolah untuk dikongsikan bersama, bolehlah menghubungi PKG Serkam atau terus mengemailkan bahan atau hebahan anda di pkg.serkam@gmail.com

Program FT Rintis telah ditamatkan kontrak bermula bulan September 2016. Mohon semua sekolah bersiap sedia dengan ketiadaan Juruteknik Komputer di sekolah.Harap Maklum!

Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan sekolah ahli PKG Serkam yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung PKG Serkam. -Sekian.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH AHLI PKG SERKAM, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA & MEMERLUKAN KHIDMAT BANTU DARI KAMI DI PKG SERKAM, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PKG SERKAM. SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.

Friday, October 21, 2016

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI

       Kami Warga PKG Serkam ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali buat semua warga Pendidikan khususnya yang berbangsa India. Selamat Menyambut Hari Deepavali dengan penuh kemeriahan.

Thursday, October 20, 2016

Monday, October 10, 2016

Saturday, October 1, 2016

SALAM MAAL HIJRAH 2016M / 1438H


      Tema Maal Hijrah 2016M/ 1438H bertemakan 'Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah'. Tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara. Natijahnya ukhuwah Islamiah yang terbina berasaskan iman dan taqwa akan menumbuhkan rasa persaudaraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa, agama dan fahaman politik.

Friday, September 30, 2016

Friday, September 23, 2016

Wednesday, September 21, 2016

Wednesday, September 14, 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

     
       Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Sunday, September 11, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

       Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Friday, September 9, 2016

Monday, September 5, 2016

LANTIKAN SYARIKAT DI BAWAH PERUNTUKKAN MBMMBI TAHUN 2016

LANTIKAN SYARIKAT PERDANA MARKETWAYS SDN BHD SEBAGAI PEMBEKAL BBT KE PUSAT SUMBER SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA DI BAWAH PERUNTUKKAN MBMMBI TAHUN 2016


      Adalah dimaklumkan bahawa Syarikat 'Perdana Marketways Sdn.Bhd' beralamat 44 Susur Larkin Perdana 2, 80350 Larkin Perdana Johor Bharu telah dilantik untuk membekal Bahan Bacaan Tambahan ke Pusat Sumber Sekolah-Sekolah Negeri Melaka Di Bawah Peruntukan MBMMBI Tahun 2016.

     Pihak Sekolah dipohon memberikan Kerjasama sepanjang proses perbekalan bahan dilaksanakan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Ahmad Nizam Bin Mohamed di talian 06-232 4478 samb.254 atau 017-6753112.

Sekian, terima kasih

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"BEKERJA DARIPADA HATI DENGAN PENUH INTEGRITI"

surat dan senarai sekolah terlibat --> disini

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN



      Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016 Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia Sementara,
      Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Friday, September 2, 2016

Friday, August 26, 2016

Tuesday, August 23, 2016

PROJEK KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (PENYELENGARAAN SET KAMPUS ASTRO)


     Pertama sekali, pihak Yayasan Astro Kasih ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  terutamanya Bahagian BTP dan BTPN di atas kerjasama dan sokongan yang sepenuhnya terhadap Projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) yang telah dijalankan sejak tahun 2009.

Friday, August 19, 2016

Friday, August 12, 2016

Thursday, August 4, 2016

Friday, July 29, 2016

Friday, July 22, 2016

Friday, July 15, 2016

PENGISIAN DATA SSQS 2016







Makluman kepada semua sekolah - sekolah Negeri Melaka terutamanya sekolah-sekolah ahli PKG Serkam. Proses pengisian data SSQS untuk tahun 2016 telah dibuka. Oleh itu, diharapkan agar semua sekolah-sekolah ahli PKG Serkam dapat melaksanakan pengisian data mengikut tarikh yang telah dicadangkan bagi mengelakkan kesesakan semasa pengisian data dilaksanakan.

Tarikh Menjawab yang dicadangkan :

Daerah Jasin                  : 15 Julai 2016 hingga 29 julai 2016
Daerah Alor Gajah         : 29 Julai 2016 hingga 14 Ogos 2016
Daerah Melaka Tengah   : 12 Ogos 2016 hingga 16 Ogos 2016

Klik di sini ----------> Laman SSQS 2016

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Encik Mohammad Firdhaus bin Abu Bakar, Ketua PKG Serkam.

KPI DASHBOARD VLE MINGGU 28

KPI DASHBOARD VLE SEKOLAH AHLI PKG SERKAM MINGGU 28


KPI DASHBOARD VLE MINGGU 27

KPI DASHBOARD VLE SEKOLAH AHLI PKG SERKAM MINGGU 27


Tuesday, July 5, 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1437H 2016

Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami warga PKG Serkam


Thursday, June 30, 2016

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 (PSH) DIPUSAT KEGIATAN GURU SERKAM TAHUN 2016

Iklan kekosongan Jawatan Juruteknik Komputer (PSH) Pusat Kegiatan Guru Serkam Tahun 2016 

Sebarang pertanyaan sila hubungi  En.Mohammad Firdhaus bin Abu Bakar di talian 013-658 2232 /Pusat Kegiatan Guru Serkam di talian 06 - 7619 202 .  Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

KPI DASHBOARD VLE MINGGU 26

KPI DASHBOARD VLE SEKOLAH AHLI PKG SERKAM MINGGU 26


PROGRAM KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS) - PROJEK CSR YAYASAN KASIH ASTRO NEGERI MELAKA 2016

Suka cita dimaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju dengan Yayasan Astro Kasih melaksanakan projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)bagi meyokong matlamat dan usaha KPM untuk membawa kandungan dan pengalaman yang holistik kepada murid-murid di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru -guru.

Sehubungan dengan itu, pemasangan dan penyelenggaraan peralatan KABKS di sekolah sekolah akan dilaksanakan oleh pihak Yayasan Astro Kasih. Mohon Sekolah Ahli PKG Serkam menghubungi PKG sebelum atau semasa pemasangan dilakukan.

Surat edaran ---->>> disini

Friday, June 24, 2016

Thursday, June 16, 2016

Thursday, June 9, 2016

Tuesday, June 7, 2016

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1437H 2016

Alhamdullilah,
Bulan Ramadhan tiba lagi. Semoga dipermudahkan oleh Allah untuk menjalankan ibadah puasa tahun ini. Di kesempatan ini juga Kami warga PKG Serkam ingin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Thursday, June 2, 2016

Friday, May 27, 2016

Friday, May 20, 2016

Monday, May 16, 2016

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2016


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Pusat Kegiatan Guru Serkam Mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Jasa dan pengorbanan kalian amat besar nilainya. Semoga diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang penuh keberkatan, sifat sabar yang menebal dan tabah serta diberi kesempatan masa dan ruang untuk terus menyumbang bakti mendidik anak bangsa yang berguna kepada keluarga,masyarakat dan negara.

 Perutusan Hari Guru Tahun 2016 ---> download di sini

Friday, May 13, 2016

KPI DASHBOARD VLE MINGGU 19

KPI DASHBOARD VLE SEKOLAH AHLI PKG SERKAM MINGGU 19


BENGKEL PENGURUSAN DATA NILAM DAN PENGGUNAAN GOOGLE APPS

Tarikh : 11 Mei 2016 (Rabu) 
Masa : 2.00 petang 
Tempat : Bilik Kuliah PKG (16) Sebatu
Penglibatan : 1. En. Muhammad Firdhaus Bin Abu Bakar - Ketua PKG Serkam 
                   2. En. Mohd Faris Izra Bin Ismail - Ketua PKG Sebatu
                   3. 29 orang Guru Penyelaras NILAM Sekolah Ahli PKG Serkam dan PKG Sebatu



Tuesday, May 10, 2016

Wednesday, May 4, 2016

PEMANTAUAN PEMBESTARIAN ICT/PSS

Pemantau Pembestarian ICT/PSS akan bermula mulai 3 Mei 2016.Mohon semua sekolah ahli PKG Serkam bersedia.Terima Kasih

Thursday, April 28, 2016

KPI DASHBOARD VLE MINGGU 17

KPI DASHBOARD VLE SEKOLAH AHLI PKG SERKAM MINGGU 17


TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada En Azaruddin Shah bin Abdul Rahim di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015.Semoga terus cemerlang dan maju jaya.

Wednesday, April 20, 2016

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA DAN PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI MELAKA TAHUN 2016

Iklan kekosongan Jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Melaka Tahun 2016

Sebarang pertanyaan sila hubungi  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka di talian 06 - 2324478 .  Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Muat turun borang di sini 

Thursday, April 14, 2016

BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PORTAL e-GURU

Pendaftaran keahlian kini telah dibuka semula dan diselenggara secara manual oleh admin web portal e-Guru.( Tiada had masa dan tarikh tutup permohonan).

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Badrul Hisham Bin Mohamad@Md.Keling di talian 06 - 2324478 , Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Muat turun borang di sini

BENGKEL HANDHOLDING VLE

PKG Serkam telah turun ke Sekolah ahli  yang terpilih untuk memberi handholding VLE kepada Murid Serta guru-guru untuk meningkatkan pengunaan VLE dalam PdP. Pihak PKG mengucapkan Terima Kasih kepada warga SK Tedong kerana telah memberi kerjasama.


Monday, April 11, 2016

BENGKEL PELAKSANAAN NILAM SEKOLAH NEGERI MELAKA TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan mengadakan Bengkel Pelaksanaan Program NILAM kepada Guru NILAM yang baru dilantik tahun 2016.

Sehubungan itu Guru NILAM yang baru dilantik sekolah tuan/puan dikehendaki hadir pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 13 April 2016 (Rabu)

Masa      : 2.00 petang hingga 5.00 petang

Tempat  : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Abu Bin Selihan di talian 06 - 2324478 atau telefon bimbit 019 - 6653221, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.


Muat turun surat di sini

BORANG PEGISIAN DATA NILAM

Makluman kepada semua sekolah ahli PKG Serkam. Data NILAM hendaklah dihantar ke PKG Serkam pada tarikh-tarikh berikut:

15 April 2016
15 Julai 2016
15 Oktober 2016

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PUSAT SUMBER CEMERLANG PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2016



Tahniah kepada semua pemenang dan kepada sekolah - sekolah yang terlibat dalam pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Tahun 2016.Semoga menjadi inspirasi kepada sekolah - sekolah yang lain.

Thursday, March 24, 2016

TAKLIMAT PEMUAFAKATAN SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG SERKAM BIL. 1/2016



Tarikh : 24 Mac 2016 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Serkam
Penglibatan :
1. En. Nor Hashim Bin Hj. Hassan - Ketua Penolong Pengarah, BTPN Melaka.
2. En. Muhammad Firdhaus Bin Abu Bakar - Ketua PKG Serkam
13 orang Guru Besar/Pengetua sekolah-sekolah ahli PKG Serkam

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS ICT BIL. 1/2016 DAN MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS PERPUSTAKAAN BIL. 1/2016



Tarikh : 23 Mac 2016 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Serkam
Penglibatan :
1. En. Nor Hashim Bin Hj. Hassan - Ketua Penolong Pengarah, BTPN Melaka.
2. En. Yusri Bin Suib - Penolong Pengarah
3. En. Muhammad Firdhaus Bin Abu Bakar
13 orang GPB/GPICT sekolah-sekolah ahli PKG Serkam dan 13 orang GPM sekolah-sekolah ahli PKG Serkam

Wednesday, January 6, 2016

UCAPAN PERUTUSAN TAHUN BARU 2016 OLEH YBHG. PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA


Sebagai satu usaha memahami inspirasi, aspirasi, visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya Jabatan Pendidikan Melaka bagi mencapai hasrat pendidikan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 - 2025, pihak sekolah  dipohon untuk menayangkan rakaman perutusan dalam mesyuarat pengurusan sekolah pada awal Januari 2016.

Rakaman tersebut boleh diakses dan dimuat turun melalui portal rasmi Jabatan Pendidikan Melaka (http://jpnmelaka.moe.gov.my/v3/index.php/ms), portal rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka (http://btpnmel.moe.edu.my/web) dan juga di blog PKG Batu Berendam mulai 04 Januari 2016.

Laporan pelaksanaan sesi tayangan hendaklah dihantar kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka pada atau sebelum 31 Januari 2015. Bersama ini disertakan format laporan tersebut untuk tindakan pihak tuan.